TERMA & SYARAT- PENIAGA (SELLER) 


Terpakai kepada mana-mana pihak yang telah berdaftar dengan AN-NISA STORE untuk penggunaan perkhidmatan, laman sesawang  AN-NISA STORE atau sebarang domain atau aplikasi domain internet yang dikendalikan oleh AN-NISA STORE (platform) untuk tujuan melakukan transaksi. 


AN-NISA STORE berhak untuk menukar pada bila-bila masa dan berdasarkam budi bicara mutlak mana-mana terma & syarat yang terkandung dalam terma, jadual, yuran, prosedur, dasar yang mengawal perkhidmatan dan platform. Perubahan dasar boleh dibuat tanpa notis. Peniaga bertanggungjawab untuk mengkaji semula notis dan kemas kini dasar. 


Jika peniaga tidak bersetuju dengan sebarang perubahan T&S, peniaga mesti menghentikan penggunaan perkhidmatan dan platform, dengan itu perjanjian itu akan ditamatkan. 


AN-NISA STORE boleh menamatkan perjanjian dengan peniaga dalam dua (2) minggu notis dan sebaliknya. 





PIHAK TERLIBAT:AN-NISA STORE, peniaga, pembeli 


An-NISA STORE :Platform jualan atas talian dengan url www.annisa-store.biz 


PENIAGA:Pihak individu atau syarikat (muslim) yang ingin menjual   


produk atau  barangan melalui AN- NISA STORE 


PEMBELI :Pihak ketiga yang membeli secara atas talian melalui platform 


PRODUK 


Berikut adalah kategori barangan yang boleh dijual di www.annisa-store.biz 


Kesihatan dan kecantikan 


Pakaian 


Makanan & minuman 


Perkakasan rumah 


Aksesori 


Buku 



Produk yang dijual mestilah produk yang tidak mempunyai material atau bahan-bahan yang tidak halal dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada pembeli. 


Peniaga perlu mengisi borang produk dan menyatakan keterangan berkenaan produk dengan jelas dan betul termasukklah spesifikasi produk, size,warna dan tarikh luput (bagi makanan & minuman). 


Produk kesihatan dan kecantikan, makanan & minumam yang dijual perlulah mempunyai kelulusan daripada pihak berwajib sebelum boleh dipasarkan di platform bagi mengelakkan risiko kepada pembeli. Pihak AN-NISA STORE tidak akan bertanggungjawab jika produk tidak memenuhi spesifikasi. 


Produk makanan & minuman yang cepat rosak atau tidak tahan lama atau bahan mentah adalah tidak dibenarkan. 


Bahan-bahan pengiklanan atau pembungkusan produk tidak mengandungi unsur-unsur lucah atau tidak bersesuaian. 


KOMISYEN 


Komisyen yang diterima oleh pihak AN- NISA STORE adalah ditetapkan oleh peniaga mengikut setiap satu unit produk yang dijual. Maklumat komisyen perlu diisi ketika borang produk diisi. Komisyen boleh dikenakan berbeza mengikut produk yang dijual. 


Maklumat komisyen adalah tetap kecuali terdapat perubahan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. 


YURAN  


Tiada yuran dikenakan bagi perjanjian antara kedua-dua pihak bagi pendaftaran, pentadbiran atau lain-lain perkara. 


KONTRAK PERJANJIAN 


Tiada perjanjian secara bertulis dikeluarkan. Tarikh perjanjian adalah mengikut tarikh pendaftaran peniaga dengan AN-NISA STORE. Dengan pendaftaran bermakna peniaga telah bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan oleh AN-NISA STORE. 


PEMBELIAN  


Peniaga maklum pembelian produk adalah secara atas talian oleh pembeli. Sebarang pembelian secara terus adalah bukan tanggungjawab AN-NISA STORE. Proses pembelian oleh pembeli boleh dirujuk di laman sesawang. Segala transaksi tempahan dibuat melalui laman sesawang www.annisa-store.biz. 


Peniaga perlu memaklumkan kepada AN-NISA STORE kesediaan stok produk dari masa ke masa dan had stok dan mengemaskini maklumat Jika produk tiada dalam stok. 


Maklumat pembelian akan diberikan kepada peniaga secara terus untuk proses penghataran barangan kepada pembeli. 


MEDIUM PENGHANTARAN BARANGAN 


Peniaga adalah bertanggungjawab bagi penghantaran barangan kepada pembeli dalam masa tujuh (7) hari atau tempoh masa ditetapkan. Medium penghantaran adalah ditetapkan sendiri oleh peniaga samaada melalui penghantaran terus oleh peniaga (cash on delivery), perkhidmatan pos atau perkhidmatan syarikat penghantaran (courier).  


Segala caj penghantaran adalah tertakluk kepada sebut harga oleh individu atau syarikat perkhidmatan penghantaran yang digunakan. Sebut harga berikut perlulah dinyatakan di dalam borang produk untuk setiap unit barangan. AN-NISA STORE tidak bertanggungjawab diatas sebarang perubahan harga yang ditetapkan oleh syarikat perkhidmatan pos/penghantaran. 


Peniaga perlu memberikan maklumat penghantaran (tracking order) kepada AN-NISA STORE dalam tempoh 12 jam selepas penghantaran dibuat  


peniaga adalah bertanggungjawab dalam urusan pengurusan barangan yang perlu dihantar iaitu: 


Memastikan produk yang dihantar adalah produk sama yang dibeli oleh pembeli. 


Mamastikan produk mengikut spesifikasi yang diinginkan oleh pembeli (kuantiti/saiz/warna/jenis & lain-lain). 


Memastikan barangan dibungkus dengan baik untuk penghantaran. Meletakkan label atau tanda bagi produk yang mudah pecah atau mudah rosak. 


Memastikan barangan diterima dengan baik oleh pembeli. 


Memastikan barangan tiba kepada pembeli dalam tempoh masa yang ditetapkan.kegagalan pihak peniaga dalam urusan penghantaran boleh menyebabkan pembayaran tidak akan dibuat. 


AN-NISA STORE tidak bertanggungjawab diatas sebarang kerosakan atau kehilangan barangan yang dihantar. 


PENGHANTARAN SEMULA/ PERTUKARAN BARANGAN (RETURN ORDER/ EXCHANGE) 


Penghantaran semula barangan daripada pembeli disebabkan kesalahan dalam penghantaran atau pertukaran (saiz/warna/kerosakan dan lain-lain) akan dihantar kepada AN-NISA STORE terlebih dahulu. 


Barangan yang dipulangkan adalah tertakluk kepada terma dan syarat pembeli. Tempoh masa pemulangan adalah tujuh (7) hari daripada tarikh barang diterima oleh pembeli. Peniaga bertanggungjawab untuk menggantikan produk yang dipulangkan jika kesalahan daripada pihak peniaga. Peniaga juga berhak untuk tidak menukar barangan jika produk yang diterima daripada pembeli dalam keadaan rosak. Lain-lain syarat pemulangan ditetapkan mengikut persetujuan bersama. 


PEMBATALAN TEMPAHAN 


Tempoh masa pembatalan tempahan daripada pembeli mengikut terma & syarat pembeli. Tempoh masa pembatalan tempahan adalah dalam masa 12 jam selepas pembelian atas talian dibuat atau sebelum barang dihantar oleh peniaga. Pembayaran yang dibuat akan dipulangkan (refund) semula kepada pembeli (rujuk tuntutan bayaran) samada secara tunai atau pertukaran barangan dengan harga yang sama. 


PEMBAYARAN KEPADA PENIAGA 


Pembayaran kepada peniaga akan dibuat oleh AN-NISA STORE dalam tempoh tujuh (7) hari selepas barangan diterima oleh pembeli. Pembayaran berikut adalah untuk setiap unit barangan. Pembayaran mungkin akan ditunda jika terdapat masalah dalam pemulangan atau pembatalan tempahan. 


Pembayaran yang dibuat adalah bayaran selepas komisyen ditolak. 


TUNTUTAN 


Peniaga akan menerima receipt atau invois untuk setiap pembayaran yang dibuat. Peniaga juga boleh rujuk di laman sesawang yang disediakan untuk peniaga transaksi tempahan secara atas talian untuk membuat perbandingan atau berhubung dengan bahagian akaun AN-NISA STORE.